Enam rumah penduduk Kampung Jugan terjejas akibat banjir kilat

Kelihatan rumah mangsa yang terjejas akibat banjir kilat.

Oleh Dean Adam

BAU, Jan 8: Selepas Kampung Bijuray dilanda banjir kilat semalam, penduduk Kampung Jugan di sini pula menerima nasib yang sama, hari ini.

Ia ekoran hujan lebat berterusan sejak lewat petang tadi hingga mengakibatkan enam buah rumah di Kampung Jugan di sini dinaiki air banjir.


Difahamkan, seramai 25 mangsa terjejas akibat banjir kilat yang melanda kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Kelihatan rumah mangsa yang terjejas akibat banjir kilat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, setakat pukul 10 malam ini, sebuah pusat pemindahan bencana banjir telah dibuka di Balai Raya Kampung Jugan di sini.

Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan mendapati kesemua rumah mangsa terjejas telah dinaiki air sedalam kira-kira 0.9 meter.

“Bagaimanapun, keadaan setakat ini masih dalam keadaan terkawal.

Kelihatan rumah mangsa yang terjejas akibat banjir kilat.

“Mangsa yang terjejas juga tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara,” katanya di sini malam ini.

JPBNS menambah, proses pemindahan mangsa-mangsa yang terjejas kini giat dilakukan oleh pasukan keselamatan.

“Maklumat lanjut berhubung musibah ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” ujarnya. — DayakDaily