Enam rakyat Sarawak terkandas berjaya dibawa balik dari Solomon islands

Enam orang rakyat Sarawak yang terkandas di Solomons Island kini dalam perjalanan balik ke Kuching. Kelihatan bersama mereka ialah Mohd Reeza (tiga dari kiri).
Advertisement

By Peter Sibon

KUCHING, June 27: Seramai enam rakyat Sarawak, iaitu empat orang Iban dari Kapit dan dua orang Orang Ulu dari Baram, yang terkandas di Solomon Islands kini dalam perjalanan balik ke Sarawak.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau, mereka yang berusia diantara 26-45 tahun, telah mengalami masaalah dengan majikan yang membawa mereka bekerja dalam industri balak disana.

Advertisement

“Walaupun dalam berusaha membawa mereka balik, ada sesetengah orang memberi komen dan tohmahan yang tidak sepatutnya dari seseorang dari Telang Usan (ada ‘voice mail’).

“Saya tidak putus asa atau lemah semangat tetapi terus berusaha dari bulan Mei yang lepas mencari jalan untuk membawa mereka ini pulang ke Sarawak. Disebabkan kos tambang yang mahal saya menghubungi orang-orang tertentu namun tidak berjaya.

“Berita kejayaan hasil usaha gigih tidak mengenal putus asa kita dengan sokongan padu dari Timbalan Ketua Sarawak merangkap ADUN Baleh Tan Sri Dr James Jemut Masing telah berjaya membawa mereka pulang,” ujar Dennis kepada DayakDaily disini hari ini.

Difahamkan harga tiket bagi setiap orang ialah RM3,800.

Dennis berkata, beliau sangat terharu kerana Masing sanggup membantu walaupun kes ini bukan seperti kes-kes yang melibatkan rakyat Sarawak yang terkandas di negara lain sebelum ini.

“Seperti yang sebelum ini, YB Tan Sri James masih tetap mahu membantu. Beliau juga berusaha mencari sumber bukan dari kerajaan Sarawak sebab kes mereka ini ada kelainannya. Rayuan saya kepada Tan Sri ialah sebagai manusia yang ada keluarga, saya merayu agar YB Tan Sri James membantu mereka ini atas dasar prikemanusiaan.

“Saya amat lega sekarang setelah terbeban sejak mereka ini menghubungi saya dari bulan Mei yang lepas. Saya berdoa mereka tidak akan mengulangi perkara ini dan berterima kasih kepada Pemimpin GPS (Gabungan Parti Sarawak) Negeri Sarawak yang prihatin terhadap nasib mereka.

“Jutaan terima kasih juga saya sampai kan kepada En Mohd Rezza Mohd Yusof dari Pejabat Konsulate Malaysia di Papua New Guinea yang memudahkan perjalanan mereka keluar dari Solomons Island. Terima kasih juga kepada MP Hulu Rajang YB Datuk Wilson Uggak atas usaha beliau,” tambah Dennis.

Difahamkan enam rakyat Sarawak itu kini berada di Singapura dan dijangka tiba di Kuching esok. Mereka terdiri daripada Ricky Alex (26) dari Rumah Gendang, Sg Puro Gaat; Ugot Masam (31) dari Rumah Gramong Mujong, Baleh; Melingang Laja (33), juga dari Rumah Gendang, Sg Puro, Gaat, Baleh; Edau Mengit (45); juga berasal dari Rumah Gendang, Sg Puro, Gaat, Baleh; Anyie Ngau (45) seorang Kayan dari daerah Baram dan Denis Anyie Ngau (46) juga seorang Kayan dari daerah Baram. — DayakDaily

Advertisement