Enam ditangkap terlibat aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Kuching

Pasukan pegawai KPDN melakukan serbuan di sebuah gudang aktiviti penyelewangan minyak diesel bersubsidi di Kuching.
Advertisement

KUCHING, 5 Jan: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak baru-baru ini berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Kuching dengan jumlah keseluruhan RM115,000.

Pengarahnya Matthew Dominic Barin berkata, rampasan melibatkan sebuah lori, sebuah tanker dan minyak diesel anggaran 12,000 liter dengan nilai RM26,000.

“Semasa pemeriksaan dan risikan, sepasukan pegawai penguatkuasa
KPDN Kuching, Sarawak Bersama Cawangan Khas Kontinjen Sarawak
telah menahan enam orang warga tempatan di lokasi kejadian.

Advertisement

“Kes disiasat di bawah Seksyen 20 (1), Akta Kawalan Bekalan 1961, menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak dilesenkan oleh pengawal bekalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mathew memaklumkan sepanjang tahun 2023, KPDN Sarawak telah menghasilkan sebanyak 233 kes dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan nilai rampasan sebanyak RM12,045,688.15.

Ia melibatkan nilai kompaun keseluruhan sebanyak RM 827,000. — DayakDaily

Advertisement