Empat sekawan sesat di Kem Permai, dijumpai selamat

Anggota penyelamat bergambar bersama keempat-empat mangsa.

KUCHING, 14 Feb: Empat sekawan yang melakukan aktiviti ‘jungle tracking’ dilaporkan sesat di Kem Permai, Kampung Budaya Sarawak semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada mangsa pada jam 5.15 petang dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya terus bertindak mencari mangsa.

“Difahamkan mereka melalukan aktiviti ‘jungle tracking’ dan gagal menjumpai jalan keluar, pasukan bomba telah tiba di lokasi dan terus memulakan operasi pencarian.


“Kesemua mangsa telah berjaya dijumpai dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan, keempat-empat mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita. ― DayakDaily