Empat ‘penyamun’ gereja dicekup polis

Kelihatan pelbagai barangan curi yang dirampas semula.

Oleh Dean Adam

KAPIT, Jan 27: Polis berjaya memberkas empat lelaki bagi membantu siasatan kes menceroboh sebuah gereja di sini semalam.

Keempat-empat suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit kira-kira pukul 2 petang.


Menurut sumber, semua suspek yang dicekup berusia antara 17 hingga 24 tahun.

“Pelbagai peralatan yang dicuri juga telah ditemui dan dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Sumber menambah, keempat suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. -DayakDaily