Empat lelaki nyaris maut, kereta terhumban ke dalam parit setinggi 5 meter di Simanggang

Keadaan kereta yang dinaiki keempat-empat mangsa.
Advertisement

SIMANGGANG, 3 Mei: Empat lelaki nyaris maut apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit setinggi lima meter berhampiran Kampung Sabal, Kruin di Jalan Serian-Simanggang, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 1.28 petang.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman terus ke lokasi kejadian dan setiba di lokasi kejadian didapati sebuah kereta dinaiki empat lelaki telah terhumban ke dalam parit setinggi hampir lima meter.

Advertisement

“Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mangsa-mangsa yanh cedera kemudian  dibawa ke Hospital Serian bagi mendapatkan rawatan.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.46 petang. — DayakDaily

Advertisement