Empat ditangkap bersabit kes gaduh di Sibu

PDRM logo

SIBU, 18 Mei: Dua lepasan sekolah menenggah antara yang ditahan disyaki terlibat dengan pergaduhan di Jalan Intan, di sini pada Isnin.

Difahamkan sehingga berita ini ditulis, seramai empat remaja lelaki telah ditangkap berusia lingkungan 14 hingga 19 tahun.

Tangkapan dibuat adalah susulan laporan polis oleh seorang pelajar lelaki yang mendakwa dirinya dipukul oleh kumpulan suspek terbabit.


Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili mengesahkan kes tersebut dan memberitahu siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu.

Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan. — DayakDaily