Empat daripada enam rumah musnah terbakar 100 peratus dalam kebakaran

Pasukan bomba sedang berusaha memadam kebakaran.
Advertisement

Oleh Dean Adam

MIRI, Ogos 28: Empat buah rumah di Taman Tunku sini sini musnah terbakar 100 peratus dalam satu kejadian kebakaran petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu turut mengakibatkan dua buah rumah masing-masing terbakar sekitar 50 dan 10 peratus.

Advertisement

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.46 petang.Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.46 petang.

Katanya, sepasukan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

Katanya, lapan anggota bomba dari BBP Lopeng turut diarahkan ke lokasi kejadian sebagai pasukan bantuan pemadaman kebakaran.

“Apabila tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar rumah-rumah tersebut.

“Pasukan bomba segera bertindak bagi memastikan api tidak merebak ke kediaman berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Law menambah, pemeriksaan lanjut mendapati semua penghuni rumah berjaya keluar menyelamatkan diri.

Katanya, tiada laporan kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam proses siasatan,” katanya. ā€” DayakDaily

Advertisement