This Content Is Only For Subscribers
Oleh Chris Bishop
KUCHING, 31 Julai: Usahawan EB Tech, Dr Parveen Kaur, Myscripts, Pungu Borneo and Rukun TV diumum penerima SHELL LiveWIRE Malaysia 2023 bagi negeri Sarawak.
Kesemua usahawan ini menerima menerima ‘seed grant’ sebanyak RM10,000 daripada Shell dan RM5,000 daripada Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS).
Hadir menyampaikan geran ialah Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh.
Dalam pada itu, Len mahukan kerjasama bersama Shell Malaysia dalam program SHELL LiveWIRE Malaysia tidak terhenti pada 2026.
Sebaliknya, tegas beliau, program seharusnya diteruskan sehingga 2030.
“Ini selaras dengan usaha Strategi Pembangunan Pasca Covid 2030 (PCDS) ke arah Sarawak negeri berpendapatan tinggi,” katanya.
Tambah Len, semenjak diperkenalkan di Sarawak pada 2016, sebanyak 300 usahawan telah mendapat manfaat daripada program itu.
Shell LiveWIRE Malaysia telah terlibat bersama para usahawan yang komited untuk memulakan dan mengembangkan idea perniagaan mereka.
Program ini akan melibatkan bengkel-bengkel yang dinamik untuk para usahawan yang bertujuan membantu mereka menjana atau meningkatkan idea perniagaan, menguji model perniagaan dan seterusnya menyediakan mereka untuk menjadi lebih berjaya dan mempunyai daya saing yang tinggi. — DayakDaily