Dua terperangkap, kereta terjatuh dalam parit penuh air

Keadaan kereta mangsa yang terjatuh ke dalam parit.
Advertisement

SIBU, 19 Jan: Sebuah kereta dilaporkan terbabas lalu terbalik di dalam parit yang dipenuhi air di Jalan Tunku Ahmad Zaidi Idrus, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhuhung kejadian pada jam 6.21 pagi.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Komander operasi melaporkan kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios telah terjatuh dan terbalik dalam parit berair.

“Terdapat dua mangsa, seorang lelaki dan wanita dewasa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkam mangsa lelaki telah disahkan meninggal dunia, namun belum ada pihak dapat mengesahkanny sehingga berita ini ditulis. — DayakDaily

Advertisement