Dua suspek pecah rumah ditahan di Kampung Haji Wahid

Polis menemukan sebuah motorsikal disyaki dicuri dalam serbuan petang Khamis.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 11 Feb: Polis menahan dua individu dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Haji Wahid petang Khamis, kerana di syaki terbabit kegiatan pecah rumah di sekitar bandar Miri.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Mohd Sabri Zainol, suspek berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Cegah Jenayah Balai Polis Pusat Miri sekitar jam 2.55 petang.


Hasil pemeriksaan lanjut mendapati motorsikal terbabit tidak mempunyai nombor.

Kedua-dua suspek telah dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut. — DayakDaily