Dua sahabat diserang buaya semasa pancing labi-labi di Taman Perumahan Kopodims

Pihak polis memantau kawasan parit tersebut.
Advertisement

KUCHING, 26 April: Niat dua sahabat memancing labi-labi tidak kesampaian apabila mereka hampir menjadi santapan buaya di parit Taman Perumahan Kopodims, Jalan Matang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kejadian berlaku sekitar jam 2 pagi apabila mangsa hendak memeriksa pancing yang telah dipasang untuk menjerat labi-labi.

Katanya, mereka tiba-tiba diserang seekor buaya, namun berjaya menyelamatkan diri dan kemudian terus membuat laporan polis.

Advertisement

“Menurut laporan mangsa, buaya itu dianggarkan sepanjang kira-kira 10 kaki serta saiz sebesar tong gas.

“Sebelum beredar dari kawasan itu, mereka juga ternampak sepasang selipar berwarna hitam dan tiga batang kayu berada di tepi parit, tetapi mereka tidak menjumpai sesiapa berada di kawasan tersebut,ā€ katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Abang Zainal berkata pihaknya kemudian memaklumkan mengenai kejadian kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut.

“Penduduk di kawasan sekitar juga telah dimaklumkan supaya tidak memancing serta berada di kawasan berdekatan parit tersebut kerana buaya itu dipercayai sangat ganas,” katanya. ā€” DayakDaily

Advertisement