Lelaki warga emas hilang di Betong, dijumpai selamat

Mangsa dijumpai selamat.

BETONG, 26 April: Seorang lelaki warga emas berusia 81 tahun yang dilaporkan hilang di Rumah Rokayah, Malanjan Spak, di sini sejak semalam, dijumpai selamat petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa dijumpai oleh penduduk kampung iaitu kira-kira 1 kilometer dari Pusat Kawalan Bomba pada jam 5.06 petang.

“Mangsa telah selamat dijumpai dan seterusnya diserahkan kepada ahli keluarganya.

“Pemeriksaan kesihatan juga dilakukan ke atas mangsa selepas dia dijumpai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pasukan Bomba kemudian berangkat balik ke balai selepas memastikan mangsa dalam keadaan selamat.

Operasi tamat pada jam 5.45 petang.

Mangsa dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya pada pagi 25 April dan tidak pulang selepas itu.

Usaha mencari mangsa telah dilakukan oleh pihak keluarga sebelum mereka membuat laporan kehilangan mangsa. — DayakDaily