Dua rumah terbakar, lapan penghuni terjejas

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Dean Adam

MIRI, Mei 9: Lapan penghuni yang menetap di dua buah rumah terjejas apabila rumah terbakar dalam satu kejadian di Jalan Krokop 7, Miri, awal pagi tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 1.58 pagi itu, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.


Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2 pagi.

Katanya, sejurus itu sepasukan anggota bomba dari BBP Miri telah bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

“Pasukan bomba dari BBP Lopeng turut ke lokasi sebagai pasukan bantuan.

“Sebaik tiba, komander operasi melaporkan kejadian tersebut melibatkan dua buah rumah dua tingkat jenis kekal,” katanya di sini hari ini.

Law menambah, kebakaran itu juga menyebabkan dua buah kenderaan terbakar.

Katanya, kebakaran itu terkawal pada pukul 2.47 pagi.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam proses siasatan,” ujarnya. — DayakDaily