Dua rumah retak teruk akibat tanah susur di Bau

Gambar komposit menunjukkan keretakan rumah akibat tanah susur di Bau.

BAU, 13 Jan: Dua buah rumah di Kampung Senibong, Singai mengalami keretakan ekoran berlaku tanah susur hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bau Laftenen Pertahanan Awam Patrick Lagak Pateh berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam sekitar pagi tadi, disebabkan hujan lebat.

Katanya, kejadian tanah susur itu berlaku dua kali iaitu pertama pada semalam dan kedua sekitar jam 11 pagi tadi.

“Mangsa di rumah pertama telah diarahkan berpindah, kerana rumah tidak selamat diduduki, manakala penduduk rumah kedua diarahkan berwaspada,” katanya.

Sementara berkaitan banjir, pemantauan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bau mendapati keadaan paras air di sungai berdekatan kawasan berisiko banjir masih terkawal.

“APM sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan kita menasihati juga penduduk supaya sentiasa berjaga-jaga dan peka dengan keadaan sekeliling,” katanya. ā€” DayakDaily