Adun Asajaya serahkan RM2.8 juta cek MRP

Abdul Karim (tiga kiri) menyerahkan cek MRP kepada salah seorang penerima.

KUCHING, 7 Dis: Sejumlah RM2,799,620 cek geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN Asajaya Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah diserahkan kepada 190 penerima hari ini.

Ia melibatkan pelbagai kategori seperti gereja, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, surau dan Masjid.

“Peruntukan geran ini adalah untuk membantu jawatankuasa penerima masing masing untuk mengadakan program kemasyarakatan, melaksana program amal dan aktiviti,” kata Abdul Karim.


Beliau turut mengingatkan penerima untuk menggunakan sebaiknya peruntukan tersebut.

Katanya, Kerajaan sentiasa mengutamakan pembangunan dan kemajuan luar bandar termasuk masyarakat di daerah Asajaya. — DayakDaily