Dua remaja disyaki miliki dadah ditangkap di Jalan Haji Taha

Dadah yang dirampas daripada suspek.

KUCHING, 12 Dis: Dua remaja lelaki ditangkap kerana disyaki memiliki dadah di Jalan Haji Taha, di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata suspek yang berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan untuk pemeriksaan sekitar jam 8.15 malam.

Katanya, hasil pemeriksaan menjumpai satu bungkusan mengandungi dedaun kering disyaki dadah jenis ganja seberat kira-kira 21.56 gram.


Kedua-dua suspek kemudian ditangkap untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Selain itu, mereka juga didapati positif dadah jenis amphetamine menyebabkan mereka turut disiasat di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952.

Bagaimanapun kedua-duanya didapati tiada rekod jenayah. — DayakDaily