Dua peserta larian hilang ditemui selamat

Kelihatan seorang mangsa yang ditemui selamat.
Advertisement

LUNDU, Okt 12: Dua peserta larian Sarawak Adventure Challenge yang dilaporkan hilang ditemui selamat petang tadi.

Kedua-dua peserta, masing-masing seorang lelaki dan wanita, ditemui selamat pada pukul 1.50 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata sebelum itu, pihaknya menerima laporan pengadu sendiri melalui MERS 999, memaklumkan telah tersesat dari track perlumbaan Sarawak Adventure Challenge di kawasan Salcra Bajo di sini.

Advertisement

Katanya, seorang pegawai bomba yang secara kebetulan merupakan peserta larian kemudian mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama tiga anggota BBP Lundu dan seorang wakil penganjur bergerak ke lokasi mangsa hilang.

“Sebelum itu, kedua-dua mangsa dikatakan sesat dari trek perlumbaan Sarawak Adventure Challenge.

“Pengadu bersama seorang lagi rakan yang sesat telah menghubungi penganjur namun gagal dan seterusnya menghubungi 999 untuk memohon bantuan,” katanya di sini, hari ini.

Peta lokasi perlumbaan Sarawak Adventure Challenge.

Jurucakap sama menambah, kedua-dua mangsa yang selamat kemudian dibawa ke pusat kawalan untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi SAR tamat sepenuhnya pada pukul 2 petang selepas kedua-dua mangsa dalam keadaan selamat,” katanya. — DayakDaily

Advertisement