Dua pengunjung dikhuatiri lemas di Sungai Rayu

Lokasi dua mangsa dikhuatiri lemas di Sungai Rayu.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 16 Mei: Dua pengunjung dikhuatiri lemas di Sungai Rayu, Matang sekitar jam 3 petang ini.

Makluman awal daripada Pusat Gerakan Operasi Negeri (PGO) mengatakan anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Petra Jaya telah digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan.

Seramai tiga anggota menyelamat telah melakukan selaman awal di lokasi dua mangsa dipercayai lemas. — DayakDaily