Dua lelaki mati ditembak di Sibu

Mayat seorang mangsa kelihatan terbaring di atas kerusi.

SIBU: Dua lelaki mati akibat terkena tembakan di sebuah kedai makan di Lorong Pahlawan, Sibu tengahari tadi.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa berusia 47 tahun dan 21 tahun.

Difahamkan semasa kejadian kedua-dua mangsa bersama seorang lagi wanita warga asing sedang makan apabila didatangi seorang lelaki yang terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah kedua-dua mangsa dipercayai menggunakan pistol.


Mayat seorang mangsa terbaring di atas lantai kedai makan.

Saksi kejadian yang juga merupakan pemilik kedai tersebut memberitahu suspek datang seorang diri memakai topi keledar dan jaket warna merah lengan panjang.

Dipercayai saspek melepaskan tembakan dari jarak lebih kurang lima meter sebelum melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.

Siasatan pihak polis masih dijalankan di tempat kejadian dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan polis.