Dua lelaki ditangkap, disyaki terlibat dengan kegiatan dadah di Bau

Royal Malaysia Police logo

BAU, 23 Jun: Dua lelaki ditangkap kerana disyaki terlibat kegiatan dadah dalam dua operasi berasingan di Bau, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata kes pertama dilaporkan di Jalan Fairy Cave, di mana seorang lelaki berusia 24 tahun yang telah ditahan untuk pemeriksaan sekitar jam 11.45 pagi.

Jelasnya, hasil pemeriksaan suspek yang berasal dari Kampung Sibuluh itu menemui dadah jenis syabu seberat 1.45 gram di dalam beg sandang miliknya.


“Beg berkenaan telah diperiksa dan menemukan satu paket plastik kecil lutsinar yang berisi bahan kristal jernih disyaki dadah berbahaya jenis syabu (anggaran berat kasar 1.45 gram) dan ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pemeriksaan saringan awal air kencing juga terhadap suspek juga mengesahkan dia positif dadah jenis methamphetamine dan suspek akan disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Selain itu, seorang lagj suspek yang ditangkap berusia 24 tahun dan berasal dari Kampung Serasot.

“Pada hari yang sama bertempat di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bau, suspek telah menjalani ujian saringan awal air kencing dan dikesan positif dadah jenis methamphetamine.

“Oleh itu, suspek ditahan untuk siasatan lanjut selepas turut dikesan mempunyai rekod kesalahan lampau,” kata Poge. — DayakDaily