This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 22 Ogos: Polis kini memburu dua lagi suspek disyaki terlibat kes merusuh sehingga mendatangkan cedera parah di sebuah premis di Matang semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata kedua dua suspek dikenali sebagai Affidi@Adi Jamani, 34 tahun dan Suhaimi Pimping Jamani, 28 tahun.
“Jika mempunyai maklumat berkenaan kedua-dua suspek ini boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, maklumat boleh disalurkan terus kepada Ketua Bahagian Siasatan Daerah Padawan ASP Sylvarius di talian 013-8637241 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Nyaum Ringkai di talian 0166793703.
Terdahulu lima suspek telah ditangkap berhubung kes terbabit yang disiasat di bawah Seksyen 326 dan 148 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan parah akibat diserang suspek dengan objek keras dan tajam.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak dan dilaporkan dalam keadaan stabil namun masih menerima rawatan. — DayakDaily