Dua ekor sang bedal ditangkap di Batang Rimbas

Anggota SFC menunjukkan dua ekor buaya yang ditangkap di Batang Rimbas.
Advertisement

KUCHING, Feb 4: Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menangkap dua ekor buaya menerusi satu operasi yang dijalankan Batang Rimbas, Kampung Dit, Betong dekat sini semalam.

Jurucakap SFC berkata, kedua-dua reptilia sepanjang 3.7 meter dan 2.6 meter itu ditangkap oleh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT).

Katanya, sang bedal tersebut berjaya ditangkap selepas memakan umpan kail yang dipasang sepanjang 6 kilometer di sungai tersebut.

Advertisement

“Sang bedal itu kemudian dibawa ke darat untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi semalam. — DayakDaily

Advertisement