Dua ekor kucing hutan terancam dirampas

Dua ekor kucing hutan jenis ‘flat-headed cat’.
Advertisement

BAU, Jan 25: Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuching berjaya merampas dua ekor kucing hutan jenis ‘flat-headed cat’ dalam operasi ‘Op Bersepadu Khazanah’.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuching Supt Rosdi Inai berkata operasi dijalankan oleh pegawai dan anggota dari Batalion 11 PGA bersama pegawai dari Sarawak Forestry Corporation (SFC) pada jam lebih kurang 6.30 petang semalam atas risikan dan maklumat yang diperolehi.

Sebanyak dua ekor kucing hutan ‘flat-headed cat’ yang telah disembunyikan dijumpai di bahagian belakang tandas rumah yang telah diubahsuai menjadi kandang haiwan.

Advertisement

Pihaknya juga telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 46 tahun mengaku sebagai pemilik dua ekor kucing hutan tersebut.

“Hasil maklumat yang diperolehi, dua ekor haiwan ini adalah sepasang, dipercayai diperolehi dari kawasan daerah Bau-Lundu dan menunggu tawaran harga yang tertinggi kepada pembeli terutamanya kepada penggemar spesis eksotik memiliki haiwan tersebut,” kata Rosdi.

Kes telah diserah kepada pihak SFC untuk disiasat mengikut Seksyen 29(1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 yang boleh membawa hukuman denda RM25,000.00 dan penjara dua tahun jika sabit kesalahan. —DayakDaily

Advertisement