Dua cedera terlibat kemalangan kendiri

Anggota Bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.

BETONG: Dua individu iaitu pemandu dan penumpang sebuah kereta dikejarkan ke Hospital Betong selepas terlibat kemalangan kendiri, di sini petang tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 1 petang dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

Mangsa diberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian sebelum dihantar ke hospital.

“Komander operasi melaporkan kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta Kancil yang terbabas ke dalam parit.


“Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dari dalam kereta dan seterusnya dihantar ke Hospital Betong untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Keadaan mangsa sehingga berita ini ditulis masih belum dapat dipastikan.