This Content Is Only For Subscribers
LUNDU, 4 Jun: Seorang penunggang dan pembonceng sebuah motosikal berkuasa tinggi mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan di persimpangan empat Kampung Pueh, Kilometer 26 Jalan Sematan-Telok Melano hari ini.
Ketua Polis Daerah Lundu DSP Damataries Latin berkata kemalangan dilaporkan berlaku pada jam 11.30 pagi membabitkan sebuah kereta dan motosikal berkuasa tinggi.
Katanya, dipercayai kemalangan berlaku apabila kereta tersebut dikatakan memasuki simpang di sebelah kanan lalu dilanggar motosikal yang bergerak lurus.
“Siasatan awal mendapati kereta dari arah Telok Melano sedang memasuki simpang kampung dan tiba-tiba dilanggar motosikal yang datang dari arah jalan lurus Sematan ke Telok Melano.
“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan telah dikejarkan ke Hospital Lundu menggunakan ambulans,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pemandu dan penumpang kereta dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — DayakDaily