Polis buru tujuh suspek kes rompakan bersenjata di Matang

Tangkap skrin dari rakaman CCTV di dalam premis.

This Content Is Only For Subscribers

Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
Your email address is 100% safe from spam!

KUCHING, 4 Jun: Polis kini sedang memburu tujuh individu disyaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata di sebuah kedai di Batu 11 Jalan Matang, di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan operasi memburu suspek sedang giat dijalankan.

Katanya juga, terdapat tujuh orang suspek disyaki terlibat dalam kes tersebut dan ada daripadanya telah dapat dikenal pasti.

Justeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Kes dikatakan berlaku sekitar jam 12 tengah malam pada Sabtu (3 Jun), di mana kejadian tersebut telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis.

Suspek-suspek dikatakan bersenjatakan objek tajam dan keras dipercayai samurai, besi dan tukul besi.

Difahamkan tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. — DayakDaily