Dua beradik antara lima individu dicekup dalam serbuan di Miri

Dadah yang ditemui semasa serbuan

MIRI, 26 Jun: Dua beradik antara lima individu dicekup dalam serbuan polis di sebuah rumah di Tudan fasa 2 pada Khamis lepas.

Serbuan yang dilakukan pada jam 10.55 pagi itu, turut menemui dan merampas dadah jenis syabu, dengan berat 5.14 gram, membabitkan nilai sebanyak RM500.

Kesemua suspek, termasuk seorang wanita, berusia dalam lingkungan 22 dan 29 tahun, ditahan selepas dipercayai melepaskan gian di dalam rumah berkenaan.


Kesemua suspek disiasat dibawah Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibawah ke pejabat Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Miri (IPD) untuk tindakan lanjut.

Ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah. -DayakDaily