DTTAS sumbang bekalan makanan ke Rh Daniel Menyalin Baru

Diana (kanan) menyerahkan bantuan makanan kepada Tr Danil Ranti.
Advertisement

KUCHING, 24 Mac: Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS) pada Ahad lepas (21 Mac) telah menghulurkan bantuan kepada penduduk di Rumah Daniel Menyalin Baru, Debak yang terjejas akibat ‘lockdown’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan Covid-19.

Bantuan berupa makanan diserahkan naib presiden DTTAS Diana David Itang kepada seramai 20 ketua keluarga rumah panjang tersebut.

Perintah ‘Lockdown’ di Menyalin Baru berkuatkuasa sejak 12 hingga 25 Mac 2021.

Advertisement

“Bantuan keperluan asas yang disumbangkan sedikit sebanyak melegakan golongan memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi menghadapi Covid-19.

“Pada saat yang mencabar akibat wabak virus Covid-19, kita menggesa supaya semua memberi kerjasama serta sokongan padu kepada warga Kementerian Kesihatan Malaysia,” kata Diana dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, DTTAS terus mendoakan keselamatan barisan hadapan dalam menangani penularan Covid-19.

“Patuhilah pada arahan dan peraturan yang telah ditetapkan agar apa yang kita sedang alami sekarang dapat ditamatkan segera.

“Hentikan rantaian penularan COVID-19, amalkan penjarakan sosial dan duduk di rumah serta patuhi Perintah Kawalan Pergerakan,” ujar Diana. — DayakDaily

Advertisement