Dr Sinang ingatkan ahli PBB Tebedu jangan sokong pembangkang, Bebas

Dr Simon Sinang Bada
Advertisement

Oleh Maverick

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri Tebedu Dr Simon Sinang Bada mengingatkan supaya ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) jangan menyokong calon pembangkang termasuk Dr Alim Impira yang bertanding sebagai calon Bebas.

Alim, seorang pesara yang pernah menjawat jawatan sebagai pegawai tertinggi di Jabatan Kastam, juga seorang PBB Tebedu yang telah berdaftar.

Advertisement

ā€œSeperti yang dimaklumkan kepada semua ahli PBB Tebedu, saya sudah mengingatkan mereka supaya jangan menyokong pembangkang. Presiden kita (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) sudah memberitahu dengan jelas supaya kita menyokong calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Richard Riot Jaem di P199 Serian.

ā€œJika mereka membantu dan menyokong pembangkang, terlibat dengan calon Bebas, maka kesannya amat buruk,ā€ tegas Sinang.

Sinang yang telah mewakil PBB satu penggal di DUN Tebedu berkata demikian apabila diminta mengulas isu terkini berkenaan dengan pengelibatan Alim sebagai calon Bebas pada Pilihanraya Umum ke- 15 sekarang.

ā€œBerkenaan dengan keahlian Dr Alim, kita serahkan kepada pemimpin tertinggi parti,ā€ kata beliau.

Sementara itu, bila dihubungi Ketua Penerangan PBB, Datuk Idris Buang berkata sesiapa sahaja ahli PBB yang didapati menyokong dan menentang calon GPS, keahlian mereka akan digantung secara automatik.

Riot, yang juga timbalan presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), pada PRU15 ini akan ditentang Alim (Bebas), Elsiy Tingang dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Learry Jabol dari Democratic Action Party (DAP). ā€” DayakDaily

Advertisement