Dr Sim: SUPP sedia hadapi PRN12

SUPP top leaders expressed their disappointment with the seemingly small allocation to Sarawak.

KUCHING, 8 Julai: Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12).

Presiden SUPP Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata persediaan dibuat semenjak berakhirnya PRN11.

“Kita sentiasa bersedia untuk pilihan raya dan persiapan telah dibuat sebaik sahaja tamat pilihan raya negeri yang lepas.


“Calon kita nanti mestilah seorang yang aktif bergaul dengan rakyat, yang sentiasa turun padang,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis penyerahan Kenyalang Gold Card (KGC) yang diadakan di Bangunan Baitulmakmur di Petra Jaya.

Berhubung khabar angin bahawa PRN12 akan diadakan serentak  dengan pilihan raya umum, Dr Sim berkata keputusan adalah ditangan Perdana Menteri dan Ketua Menteri.

Katanya, hanya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sahaja yang boleh menentukan samada pilihan raya umum boleh diadakan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pula akan menentukan PRN12.

“Apa yang penting ialah kita meneruskan usaha dan menyediakan perkhidmatan kepada rakyat Sarawak.

“Rakyat dan hak Sarawak harus diutamakan,” kata Dr Sim.

Daripada jumlah keseluruhan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak, 20 merupakan milik tradisi SUPP, namun hanya 7 sahaja yang dikuasai parti tersebut.-DayakDaily