DNC: Sekat ekstrimis agama ke Sarawak 

Sebahagian daripada peserta pada Forum Kebebasan Beragama dan Pembangunan Bangsa DNC.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 9 Nov: Kongres Kebangsaan Dayak (DNC) memuji langkah Sarawak menyekat penceramah Zakir Naik daripada memasuki negeri ini.

Pengerusi Forum Kebebasan Beragama dan Pembangunan Bangsa DNC, Patrick Sibat Sujang, berkata sekatan tersebut juga harus melibatkan ekstrimis agama yang lain.

Advertisement

“Sarawak harus berhati-hati agar tidak terpengaruh oleh individu ekstrimis yang telah diracuni oleh ideologi politik.

“Kami mahu pemimpin Sarawak tidak berdiam diri apabila ada tanda penyusupan ke dalam masyarakat kita oleh sebarang bentuk ekstrimis agama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Kebebasan Beragama dan Pembangunan Bangsa DNC di Dewan Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA) di sini, hari ini.

Forum disertai lebih 300 peserta yang mewakili persatuan dan NGO di Bahagian Kuching.

Tambah Patrick, yang juga ahli DNC, hak kebebasan beragama dijamin dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memelihara beberapa perlindungan undang-undang berhubung kebebasan beragama atau kepercayaan di negara ini.

“Tetapi sejak pembentukan Malaysia, etnik dan agama sering dimainkan parti politik untuk kepentingan parti.

“Akibatnya, wujud peningkatan sikap tidak bertoleransi agama yang menjadi kebimbangan terutama di Semenanjung Malaysia dan sekarang masuk ke Sarawak dan Sabah,” ujar Patrick. — DayakDaily

Advertisement