Dizzly juara kategori utama dalam Pertandingan Ratu Kebaya Sungai Tapang 2018

Juara kategori A, Dizzly (tengah) bersama naib juara, Stella (kanan) dan pemenang tempat ketiga Rina (kiri).

KUCHING, Mei 29: Pertandingan Ratu Kebaya Sungai Tapang 2018 yang pertama kali diadakan menyaksikan Dizzly Shema Test, 20, dinobatkan sebagai juara kategori utama pertandingan terbabit di Balai Raya, Kampung Sungai Tapang, di sini, semalam.

Dizzly mengalahkan tujuh peserta akhir lain kategori utama atau kategori A iaitu bagi gadis berusia 15 hingga 24 tahun yang belum berkahwin dengan naib juara ialah Stella Sanor, 20, dan pemenang tempat ketiga ialah Rina Bran, 22.

Gelaran sampingan Miss Favourite kategori itu dimenangi Marie Natasha Vincent, 15, dan kategori Kebaya Terbaik dimenangi Ivana Cassandra Radeng, 22. Solekan Terbaik dimenangi Rina dengan peserta akhir lain ialah Nuria Lamban, 17, Maximiliana Saii Andy Christian Geo, 15 dan Michelle Saii Andy Christian Geo, 17.


Manakala Kategori B iaitu bagi peserta berusia 25 tahun keatas yang belum dan sudah berkahwin telah dijuarai Endresia Jeffrey, 25. Pemenang naib juara ialah Sulia Abak, 37 dan pemenang tempat ketiga ialah Christy Bell Matthew Julong, 37.

Gelaran Miss Favourite kategori itu dimenangi Sandra Rujin, 21 dan kategori Kebaya Terbaik dimenangi Christy Bell. Solekan Terbaik dimenangi Kuan Phit Fah, 28, dengan peserta akhir lain ialah May Nah Chai, 18, Caroline Richard, 33, dan Sinorita Wilfred, 25.

Juara kategori A, B dan C serta barisan juri dan penaja Pertandingan Ratu Kebaya Sungai Tapang 2018.

Kategori C pula iaitu terbuka kepada peserta berusia 18 tahun keatas dan bukan berasal dari Kampung Sungai Tapang telah dijuarai Fiorenzie Dayang Jacob, 25, manakala naib juara ialah Syamimi Zulkipli, 30, dan tempat ketiga dimenang oleh Jesrina Roslivia, 20.

Gelaran Miss Favourite kategori itu dimenangi Nora Jeffrey Bana, 43, dan kategori Kebaya Terbaik dimenangi Connie Grace Ujan, 27, serta Solekan Terbaik dimenangi Evelyn Linggoh, 25.

Peserta akhir lain ialah Rozita Hoili, 24, Juliana Chung Pei Lan, 25, Magdeline Umang Senin, 25, Cecelia Duwat, 20, Joycelene Robin, 20, Alice Fantagiro Rijau, 21, Cassandra Clara Rozaimin,22 dan Helder Bial, 20.

Gelaran sampingan lain iaitu Model of the Night telah memenangi Cassandra, Talent of the Night (Endresia Jeffrey, 25) dan Mrs Evergreen (Nora Jeffrey Bana, 43, Lina Kuan, 46 dan Jennifer Suyong, 50).

Pertandingan ini dianjur Christina Ng dari Qasseh Make Over, Ng Yet Lan (Cahaya Qaseh II) dan Fujica Anggo (Fuji Phtography) dengan empat orang juri pertandingan iaitu Nora Tony, Peter Teo, Clara Dakau Augustine serta Fujica selaku Ketua Juri. — DayakDaily