SUPP akan bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan tuduhan parti menerima dana 1MDB

Dr Sim Kui Hian

KUCHING, Mei 29: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian tidak menjawab soalan secara langsung mengenai dakwaan bahawa parti itu menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika ditemui oleh pemberita selepas perayaan Hari Wesak yang dianjurkan oleh cawangan Persatuan Buddha Malaysia Sarawak di sini hari ini.

Beliau berkata akan menyimpan komennya buat kali lain agar tidak menimbul kekeliruan kerana ketua Pemuda SUPP, Michael Tiang telah memberi respons kepada laporan yang dibuat oleh timbalan ketua pemuda cawangan Stampin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jeffery Mok.

Bagaimanapun, beliau berkata parti itu akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan berhubung dengan laporan bahawa dana 1MDB disalurkan kepada parti itu.


Mok telah membuat laporan dengan SPRM atas tuduhan bahawa SUPP telah menerima RM1 juta dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilanda skandal kewangan. ā€” DayakDaily