Dewan Belia Kampung Tanjong Singai sedia lahirkan pemain tenis hebat

Henry (lima dari kiri) dan Paul (tujuh dari kanan) bersama pemain-pemain sekitar daerah Bau.
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

BAU, 21 Mei: Gelanggang Tenis Dewan Belia Kampung Tanjong Singai di Bau bakal melahirkan pemain tenis yang berpotensi mewakili Sarawak dan negara satu hari nanti.

Justeru pihak pengurusan dewan berbumbung yang dinamakan sebagai ‘Tenis Love All’ menggalakkan golongan remaja khususnya para pelajar untuk mendaftar dan mengasah bakat tenis mereka.

Advertisement

Menurut Paul Giseng, pihaknya tidak mengenakan sebarang bayaran bagi pendaftaran dan latihan yang disediakan.

“Datang sahaja semua percuma, pihak kami ada menyediakan jurulatih dan raket serta bola tenis kepada mereka yang berminat.

“Kita ada jurulatih tempatan selain dibantu para pemain dari Upland Tennis Club dari Kuching.

“Kemudahan ini untuk semua, untuk remaja, untuk pelajar sekolah yang berminat mengasah bakat dalam sukan tenis,” kata Paul.

Para pemain muda daerah Bau mengadakan latihan setiap hari.
Gelanggang tenis Dewan Belia Kampung Tanjong Singai.

Tambah beliau, pihak pengurusan kini berjaya mengumpul lebih kurang 50 raket hasil sumbangan pemain-pemain tenis sekitar Bau dan Kuching.

Dewan Belia Kampung Tanjong Singai telah dirasmikan pada 1 Mei yang lalu oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Dato Henry Harry Jinep.

Dalam ucapannya, Henry yang juga Adun Tasik Biru berkata, perancangan ialah untuk menjadikan Singai sebagai satu kawasan pelancongan sukan.

Katanya, beberapa homestay yang telah wujud di kawasan Singai memudahkan para pengunjung.

“Di Singai ada gunung-ganang yang sesuai untuk aktiviti ‘hiking’ dengan beberapa air terjun menarik seperti air terjun Beronang.

“Kini Gelanggang Tenis (Berbumbung) Dewan Belia Kampung Tanjung Singai merupakan satu lagi tarikan kepada pengunjung,” katanya.

Harapan beliau, pusat itu satu hari nanti mampu melahirkan pemain tenis yang boleh mengikut jejak Ratu Terjun Dato Pandelela Rinong Pamg bartending di peringkat antarabangsa. ā€” DayakDaily

Advertisement