DBKU terima kunjungan hormat delegasi Kerajaan Johor

Abdul Karim (tiga dari kanan) turut menerima kunjungan hormat delegasi Kerajaan Johor.
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 17 Julai: Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman menerima kunjungan hormat delegasi Kerajaan Negeri Johor sempena Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024, selaku Jabatan Angkat Kontinjen Sukma Johor di Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Bukit Siol pada hari ini.

DBKU dalam kenyataan berkata, ia bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih erat antara kontinjen Johor dan DBKU selaku jabatan angkat kontinjen sukma Negeri Johor sepanjang temasya sukan tersebut.

Advertisement

Sukma 2024 Sarawak dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos kelak.

Hilmy turut mengalu-alukan kedatangan Kontinjen Sukma Johor ke Sarawak sepanjang temasya sama ada acara sukan diadakan di Kuching mahupun di daerah-daerah lain di Sarawak.

“Ini merupakan kali kedua DBKU telah diberi mandat oleh kerajaan Negeri untuk menjaga Kontinjen Johor dan kami komited untuk membantu dalam apa jua keperluan yang telah diminta oleh kerajaan negeri Johor sepanjang berlangsungnya Sukan Sukma 2024 ini kelak,” katanya

Dalam pada itu, delegasi kontinjen Sukma Johor turut mengadakan sesi lawatan ke Muzium Kucing DBKU.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan dan Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. — DayakDaily

Advertisement