DBKU buka Kaunter Bergerak hujung minggu berkaitan cukai tafsiran

DBKU logo

KUCHING, 3 April: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyediakan Perkhidmatan Kaunter Bergerak.

Ia dibuka pada setiap Sabtu dan Ahad jam 3:00 petang hingga 6:00 petang di Dataran Perayaan Stadium Pandelela Rinong.

Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang dalam satu kenyataan berkata, ia melibatkan perkhidmatan Pembayaran Bil Cukai Taksiran DBKU.


“Kaunter bergerak pada hujung minggu itu juga menyediakan perkhidmatan Pertanyaan Berkaitan Cukai Taksiran dan Cetakan Bil Cukai Taksiran,” kata Mohamed.

Dalam pada itu katanya, DBKU juga akan mengadakan pameran di Bazar Posaraya, Dataran Perayaan Stadium Pandelela Rinong di Kuching.

Pameran Perkhidmatan DBKU akan dibuka pada 23 Mac hingga 21 April 2023 mulai jam 3:00 petang (Isnin hingga Jumaat sahaja). — DayakDaily