This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 22 Ogos: Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datu Junaidi Reduan bakal bersara pada 31 Ogos ini setelah memegang jawatan tersebut selama 4 tahun.
Beliau ketika ditemui pada Perhimpunan Bersama Warga DBKU hari ini yakin Datuk Bandar yang baharu nanti akan membawa agensi tersebut ke tahap yang lebih tinggi lagi.
“Ini adalah kerana Kerajaan sedia ada tidak sebarang memilih individu sebagai Datuk Bandar, mereka melihat dari pelbagai sudut.
“Oleh itu saya yakin Datuk Bandar yang baharu akan membawa DBKU ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Junaidi turut menyeru seluruh warga DBKU khususnya pihak pengurusan untuk terus memberi sokongan kepada pengganti beliau.
Katanya, DBKU memiliki lebih 800 staf dengan hanya 50 mewakili pihak pengurusan.
“Kita mesti menuruti arahan pihak kerajaan sedia ada, dan bukan mengingkarinya.
“Laksanakan setiap tugas dengan penuh komitmen,” ujar Junaidi.
Beliau telah memegang jawatan Datuk Bandar mulai 1 Sept, 2019 dan akan bersara pada 31 Ogos ini. — DayakDaily