Dapur Pemakai Rumah Panjai hidang masakan Dayak setiap hari

Dapur Pemakai Rumah Panjai di Central Park.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 15 April: Lebih 15 tahun berniaga makanan, Dapur Pemakai Rumah Panjai di Central Park di Kuching terus kekal popular.

Beroperasi di Best Time Cafe, gerai diusahakan Puan Bungah yang dibantu oleh anak menantu beliau, Sylia.

Advertisement

“Gerai saya menyediakan masakan ala rumah panjang, ia diminati penduduk bandar khususnya masyarakat Dayak.

“Saya belajar memasak makanan rumah panjang sewaktu bersama suami di Nanga Jagau di Kanowit dahulu,” katanya.

Antara masakan istimewa Dapur Pemakai Rumah Panjai ialah kasam babi menua yang dimasak mengikut selera pelanggan.

Katanya, kasam tersebut disediakan oleh beliau sendiri dan menggunakan daging babi menoa.

“Kasam ini sangat popular, rata-rata pelanggan mahukan masakan ini.

“Ia boleh dimasak dengan daun ubi, kepayang, ensabi iban dan dimasak sup bersama terung asam,” katanya.

Selain itu, Dapur Pemakai Rumah Panjai turut menyediakan masakan perut babi kicap gulai nenas yang juga popular dikalangan pelanggan.

Bungah turut menceritakan bahawa beliau pernah diberi amaran oleh pihak berkuasa kerana menjual makanan eksotik di sebuah kopitiam di Stutong satu ketika dahulu.

Sejak itu katanya, beliau tidak lagi menjual makanan eksotik dan fokus kepada makanan rumah panjang.

Dapur Pemakai Rumah Panjai dibuka setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 11 malam. — DayakDaily

Bungah menunjukan kasam babi menoa yang sedia untuk dimasak kepada pelanggan.
Advertisement