Dapur hotel terbakar di Bintulu

Keadaan di dalam dapur selepas kebakaran tersebut

BINTULU, 19 April: Sebuah hotel mengalami kerosakan di bahagian dapurnya selepas berlaku kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 5 pagi.

“Setiba pasukan Bomba di tempat kejadian nendapati kebakaran melibatkan bahagian dapur, namun sistem penyiram air berfungsi dengan baik.


“Bomba kemudian melakukan teknik ‘ventilation’ untuk mengeluarkan asap tebal dari bahagian dapur tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu kemudian berangkat pulang ke balai selepas sistem penyiram air dipadam dan keadaan terkawal.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — DayakDaily