Curi daging kambing, wangian dan baju: 2 ditahan di Syawal pertama

Suspek (berdiri tiga dan empat dari kanan) ditahan polis untuk tindakan lanjut.
Advertisement

MIRI, 15 Mei: Perbuatan dua sekawan mencuri barangan di sebuah pasar raya di Lutong pada satu Syawal yang lalu, membawa padah apabila mereka ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Kedua-dua suspek, seorang lelaki dan wanita berusia 20 dan 25 tahun itu ditahan sekitar jam 2 petang pada 13 Mei (Khamis) selepas kedapatan mencuri beberapa jenis barangan di dalam pasar raya terbabit termasuk daging kambing dan beberapa barangan wangian serta baju.

Difahamkan, tindakan kedua-dua suspek itu disedari pekerja pasar raya terbabit yang kemudiannya menahan mereka sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Advertisement

Kedua-dua suspek kini dalam tahanan polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Sabri Zainol mengesahkan penahanan suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri. — DayakDaily

Advertisement