Cuepacs Sarawak derma RM10,000 kepada tabung krisis wabak Covid-19

Ahmad (tiga dari kiri) menyampaikan cek sumbangan Cuepacs Sarawak kepada Ik Pahon.

KUCHING, April 21: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Negeri Sarawak hari ini menyalurkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada tabung krisis wabak Covid-19 negeri.

Sumbangan disampaikan pengerusinya Ahmad Malie kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ik Pahon Joyik di Bangunan Wisma Bapa Malaysia.

Sumbangan merupakan keperihatinan dan sebagai tanda sokongan Cuepacs Sarawak bersama kesatuan di bawah gabungannya kepada usaha kerajaan Sarawak menangani penularan pandemik Covid-19.


Turut hadir pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Datuk Dr Chai Kin Chung. — DayakDaily