Covid-19: Sarawak di belakang Selangor catat kes positif harian baru

Dr Noor Hisham/Gambar Fail

PUTRAJAYA, 10 Mac: Sarawak terus berada di belakang Selangor selepas melaporkan 199 kes positif baharu jangkitan Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sejumlah 1,448 kes jangkitan baharu dilaporkan diseluruh negara hari inio dengan selongor kekal melaporkan kes harian tertinggi sebanyak 561 kes atau 38.7 peratus daripada keseluruhan kes.

“Dengan jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 di seluruh negara pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini meningkat kepada 317,717 kes dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 18,010 kes.


“Daripada 1,448 kes yang dilapor pada hari ini, 10 kes merupakan kes import yang dikesan mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 1,438 kes jangkitan tempatan hari ini sebanyak 878 kes atau 61.1 peratus melibatkan warga tempatan manakala 560 kes (38.9 peratus) melibatkan warga asing yang bermastautin di negara ini,” katanya menerusi kenyataan harian Covid-19 hari ini.

Beliau berkata, lima kes kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan hari ini melibatkan dua kes di Selangor, dan masing-masing satu kes di Johor, Melaka, dan Sabah menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat jangkitan wabak tersebut terus meningkat kepada 1,191 kes (0.37 peratus)sehingga hari ini.

Katanya, kesemua kes kematian melibatkan warganegara yang berusia antara 43 hingga 71 tahun serta mempunyai kormorbid Penyakit paru-paru obstruktif kronik,Penyakit kencing manis, kanser usus,Penyakit darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik, Penyakit jantung, Strok dan ‘peripheral vascular disease’

“Sehingga Hari ini, sebanyak 151 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU)dengan 72 kes daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Pada hari ini juga KKM ingin memaklumkan terdapat lima kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan dua kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster berkaitan komuniti, dan satu kluster import,”katanya. -DayakDaily