Covid-19: Hospital Miri laksana penambahbaikan pengendalian pesakit luar

Medicine and healthcare. ā€” DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, Mei 19: Pengurusan Hospital Miri akan melaksanakan penambahbaikan kepada pengendalian pesakit luar klinik pakar sedia ada berkuatkuasa mulai hari ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pesakit luar hanya dibenarkan untuk memasuki klinik pakar setengah jam sebelum masa temujanji.

“Pesakit-pesakit luar diminta mematuhi tarikh dan masa temujanji masing-masing.


“Setiap pesakit dibenarkan untuk membawa seorang pengiring di dalam klinik pakar.

“Kawalan kemasukan pula dihadkan kepada lobi depan dan laluan tengah perhentian bas,” menurut kenyataan itu.

Penambahbaikan ini diambil sebagai langkah mengurangkan risiko penyebaran jangkitan wabak Covid-19.

Hospital Miri merupakan hospital hybrid Covid-19.

Demi keselamatan semua pihak, Hospital Miri memaklumkan bahawa kawalan pelawat dan kawalan waktu lawatan masih berkuatkuasa.

Orang ramai dimohon untuk mematuhi peraturan lawatan da pelawat kanak-kanak adalah dilarang sama sekali. ā€” DayakDaily