Covid-19: 869 kes baharu, 725 pulih dan 6 kematian

Filepix
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 10 Nov: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 869 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Menurut beliau, ia melibatkan 868 kes tempatan dan satu kes import.

Advertisement

“Kes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 42,050 kes.

“Dengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 11,446 kes,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan enam kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 300 kes.

“Dukacita dimaklumkan enam kes kematian dilaporkan termasuk satu kes bukan warganegara.

“Kesemua kes dilaporkan di Sabah. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” ujar beliau.

Sabah kekal mencatatkan jumlah tertinggi kes positif harian dengan 397 kes diikuti Selangor (235), Negeri Sembilan (141), Pulau Pinang (27), Kuala Lumpur (19), Perak (12), Kedah (3), Johor (8), Putrajaya (3), Kelantan (9), Labuan (8) dan Sarawak (6).

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 725 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 30,304 kes atau 72.10 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 82 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 27 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa terdapat empat kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Liawan di Keningau, Kluster Tatahan di Kota Kinabalu, Kluster GK Tawau di Tawau dan Kluster Kube di Kelantan. — DayakDaily

Advertisement