Covid-19: 2,468 kes baharu dan 14 kematian

Dr Noor Hisham fielding questions from the press.

KUCHING, 23 Feb: Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) memaklumkan bahawa terdapat 2,468 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia melibatkan 2,464 kes tempatan dan 4 kes import.

“Kes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 288,229 kes.

“Dengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 30,475 kes,” katanya menerusi satu kenyataan.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 932 kes. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 428 kes dan Perak sebanyak 308 kes.

status terkini kes Covid-19 pada 23 Feb, 2021 (KKM)

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 4,055 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 256,678 kes atau 89.05 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 196 kes positif Covid-19 yang sedang dirawatdi Unit Rawatan Rapi(ICU) termasuk 92 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan 14 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 1,076 kes.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 10 kes di Selangor, 2 kes di Sarawak dan masing-masing 1 kes di Johor dan Sabah.

“Sebanyak 13 kes kematian melibatkan warganegara dan 1 kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja dan 2 kluster melibatkan komuniti. – DayakDaily