Covid-19: 15 kematian dan 3,731 kes baharu

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUCHING, 7 Feb: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,731 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 3,723 kes tempatan dan lapan kes import.

ā€œKes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 242,452 kes.


ā€œDengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 51,241 kes,ā€ katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,606 kes. Ini diikuti oleh Johor dengan 499 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 372 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 3,369 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 190,339 kes atau 78.5 daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 292 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 140 kes memerlukan bantuan pernafasan,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan 15 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 872 kes.

ā€œKes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Selangor, masing-masing tiga kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah, dua kes di Sarawak, dan masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Kedah, dan Johor.

ā€œKesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,ā€ ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa terdapat tujuh kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tiga kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, satu kluster keagamaan, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi. ā€” DayakDaily