Covid-19: 1,327 kes baharu dan 4 kematian

Covid-19 file pic

KUCHING, 21 Mac: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,327 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 1,316 kes tempatan dan 11 kes import.

“Kes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 333,040 kes.


“Dengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 14,518 kes,’katanya dalam kenyataan hari ini.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 356 kes. Ini diikuti oleh Sarawak dengan 276 kes dan Pulau Pinang dengan 205 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 1,247 kes pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 317,289 kes atau 95.27 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 154 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 65 kes memerlukan bantuan pernafasan,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 1,233.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing satu kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, dan Sarawak.

“Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa terdapat lima kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti. — DayakDaily