Covid-19: 1,103 kes baharu dengan 821 pulih dan 4 kematian

Covid-19 (file pic)
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 16 Nov: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,103 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 1,102 kes tempatan dan satu kes import.

Advertisement

“Kes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 48,520 kes.

“Dengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 12,601 kes,” katanya pada satu sidang media hari ini di Putrajaya.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 313 kes.

“Dukacita dimaklumkan emapt kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan satu bukan warganegara dan tiga warganegara.

“Kesemua kes kematian dilaporkan di Sabah dan KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 821 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 35,606 kes atau 73.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 102 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 39 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat satu kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Matambai yang melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Penampang di Sabah. — DayakDaily

Advertisement