Covid-19: 10 kes positif baharu manakala 10 individu pulih

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 23 Ogos: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 10 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Katanya, ia melibatkan dua kes penularan dalam negara dan lapan kes import.


“Kes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 9,267 kes.

“Dengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 183 kes,” katanya menerusi satu kenyataan.

Jelas Dr Noor Hisham, semua dua kes penularan dalam negara adalah melibatkan warganegara.

Manakala 8 kes import pula melibatkan tiga kes warganegara dan lima kes bukan warganegara.

Tambah beliau, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan kekal 125 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 10 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 8,959 kes atau 96.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 13 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)dan empat kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. — DayakDaily